Skip to content
5 Tips Untuk Menyirami Tanaman - Baba E Shop

5 Tips Untuk Menyirami Tanaman

Kebangyakan Newbie menghadapi masalah tentang menyiram tanaman. Kelebihan atau kekurangan air juga akan menyebabkan tumbuhan mati. Macam mana menyiram tanaman dengan betul? 
Ikutilah tips di bawah: 
Tip 1 : Jangan tunggu sehingga tanah menjadi terlalu kering

Jangan tunggu sehingga tanah menjadi terlalu kering! Ini akan mengakibatkannya menjadi terlalu keras untuk diserapi air.

Tip 2 : Air siraman perlu meresapi tanah dan tidak bertakung

Bagi tanaman yang ditempatkan di dalam kediaman, sekiranya permukaan tanah terlalu kering dan menjadi keputih-putihan, siramkan sehingga air meresapi dan mengalir keluar dari bahagian bawah pot.

Tip 3 : Jangan menyiram tanaman di bawah terik matahari

Jangan menyiram tanaman anda di bawah terik matahari. Titisan air akan bertindak seperti kanta yang memungkinkan tanaman anda terbakar.
Tip 4 : Sirami tanaman setiap pagi dan petang
Sirami tanaman dalam kediaman setiap pagi dan petang. Namun, sekiranya hujan, anda boleh memilih untuk menyiramnya sekali sahaja, mengikut pilihan anda.
Tip 5 : Jangan menyiram terlalu banyak air

Akar tanaman tumbuh menjalar adalah kerana usahanya untuk mencari air. Sekiranya air terlalu mudah didapati olehnya, akarnya tidak mampu untuk tumbuh dengan sempurna. Oleh itu, usah menyiram terlalu banyak air. Air yang terlalu banyak juga mampu untuk mereputkan akar berikutan kelembapan yang terlalu tinggi
Previous article 5 Tips for Planting Leafy Vegetables in Pot
Next article 4 Tips of Making Compost